Friday, December 30, 2011

bye2 fb saya dah deactived awak( sebarang pertanyaan n masalah sila hubungi saya di no fon saya)huhuhuhu...
semangat nak study dah datang kira kena hapuskan ancaman yang menganggu saya nak study...nanti saya bukak awak balik yerrr cik fb..

dadaddadadadada see u again.........

Monday, December 26, 2011

yehaaaaaaa......

Assalamualaikum.....

Rasa sangat bahagia, coz dapat hilangkan diri dari kehidupan di kampus jap( x khabar, minggu dpn exam). aduii.
sekarang nihh berada kat temerloh..cari mood untuk menghadapi exam jap...teringat masa nak datang sini, macam-macam ragam cik ziera lalui nak sampai kat sini, first time aku travel sorang2 nak g sini, macam2 pegalaman aku dapat dengan ragam kat stesen LRT, dengan makcik-makcik kat sana...(hahaha) sampai lah naik bas...dalam perjalanan nak g sana, bas tu wat hal laa plak, boleh ker dia rosak tengah jalan. nak tunggu bas lain nak ganti bas tuh ambik masa 1 jam plak..memang panas ahh masa tuhh, sabar2 cik raja.tapi kalau ingat  kembali memang nak tergelak ahh, tapi best ahhh...aku nak bercuti kat sini selama beberapa hari, pastu pulang semula ke KL untuk study dooooo....

DOAKAN cik ziera berjaya ekkk nak hadapi exam nihh...dadadadadada...

Wednesday, December 14, 2011

Naper ahhhh semua nieeeyyy.............

assalamualaikum..............

Cik Ziera tak tahu nak cakap...saje jerr nak luah kat sini...naperr laaaaaa....menda tuh simple jerrr tapii kawan-kawan aku x faham lahhh....nak perbesarkan hal ini, sampai bermasam muka lahhh...walaupun cik ziera tak masuk campur dalam hal ini, tapi cik zieraa tak boleh ahhh....mesti cik ziera pening nak fikir masalah diorang........tengok-tengok cik ziera plak yang stress....why2....mungkin dapat luah kat sini...lega rasa hati nii sikit........kadang-kadang kesian kat member sorang tuh duk bersedih pasal hal ini...cik ziera tak boleh ahh tengok orang sedih, cik ziera pun nak nagis gakkk....Ya Allah S.W.T, tabah kan hati sahabat2 ku dalam berkawan, semoga persahabatan kita orang tak terputus sebab perkara yang x seberapa nieee.....

Sunday, December 11, 2011

aku rindu saat-saat dulu....
saat-saat bersama teman.....
tapi mereka semua sudah berubah...
berubah meninggalkan aku...
itu semua, tidak menghalang aku....
untuk meneruskan kehidupan aku...
kadang-kadang aku terfikir..........
masa akan mengubah seseorang....
janji tinggal janji....
tapi janji aku tak akan berubah.....
kerana kamu sahabat aku....

Sunday, December 4, 2011

stresssss Teramat saNgat.....

saya nak cakap saya sangat stres laaaaaaa.....
mencinyerrrrrrrrrrrrr....
stres ngan kawan2, asgmnt yang berlambak......
x tahan dahhhhhhhhh.......
waaaaaaaaaaaaaaaa...

Wednesday, November 30, 2011

Encik bakal Suami tengok nieee....

Bismillahirohmanirohim…


Assalamualaikum......

Puisi ni bukan cik ziera yang punca mr zahiril azim yang cipta  khas untuk isteri yang tercinta.
memang sweet gila laaaa .......huhu.

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.


Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada tuhan agar kau,
bukan sahaja menjadi sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri disayangi ALLAH Ta'ala.

Isteriku, selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi adik dan kaka pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluarga, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku."

Wednesday, November 23, 2011

PerjalaNan Yang tAk diraNcang......

Bismillahirohmanirohim…


Assalamualaikum......

Hari ini  berlaku satu peristiwa yang tidak diingini iaitu aku tersesat jalan daaaa...hahaha aku rasa mmg lawak laa dan rasa nak menangis pun ada la. kisah nye camni cik ziera ngan member iaitu cik yuyu nak p muzium negara, kita orang x planing pun menda tuh.. tujuan asal nak p ambik gambar jerr..tiba-tiba idea datang nak p sana. kita orang pinjam motor member kita orang nak p sana x bagitau pun kat tuan punya motor nak g muzium negara, jahat betul kita orang kan,huhuhu.....patut lah kita orang sesat kot...........


muka aku masa tuhh cuak gila laaa. x tahu nak fikir apa sebab x pernah lagi kajdian  ini berlaku kat aku. aku x tahu lahh sampai kat mana dah. kito orang berhenti tanya orang kat jalan. orang tuh cakap kita orang dah jauh niihhhh....tapi x de lahhh nangis buat2 cool jer lah.  korang tahu lahhh jalan KL camnerr, kita orang pusing-pusing, tngk signboard jalan entah kat mana dah. cari punya cari, pusing punya pusing ,belok sini belok sana....rasanya kita orang dah sampai damansara n aku berfikir UM berhampiran damansara....tut2 nya dapat jugak bertemu dengan gate damansara. tapi aku was2 laaa tuh gate damansara kerrr aku x pernah ag sampai tuhhh, siap pak guard tanya korang nihh student UM ke UMKL. betui lah cik pak guard x caya plak. nah tngk kad matrik kita orang. rasa nak gelak plak... tut2 kita orang pusing  punya pusing akhirnya sampai dgn slmt gak...hahhahaha.. 


MORAL STORY NIEEE NAK PERGI  MANA WAT PERANCANGAN LAAAAA........

Tuesday, November 1, 2011

Jalan-jalan di ekspo buku islam (KL Sentral)

Bismillahirohmanirohim…

Assalamualaikum.......

Pada 28 aribulan lepas cik ziera pergi ke eskpo buku islam yang berlangsung di KL Sentral. Best lah gak banyak buku yang berunsur islamik. macam-macam ada.... cik ziera terbeli 2 buah buku.....

tq cik yuyu coz teman saya pergi sana...tak rugi pun nak cari ilmu....nak tau cik ziera beli buku apa, tajuk buku tuuuu Surat Untuk Carolynn dan Lagenda Cinta Taj Mahal. buku yang paling cik ziera suka lahh buku Surat Untuk Caroylnn. kalau korang nak tau best ke x buku nihh baca lerrr...baru jerr dipasarkan.Buku ini ditulis by Zahiruddin Zabidi..Apa lagi kawan-kawan jom ahhh serang kedai buku yang berhampiran rumah anda..huhuhu...

Buku nie mempunyai kesebelas surat semuanya, menceritakan tentang arak, babi, kafir,poligami-pologini, Al- Quran, hijab,Kaabah dan banyak lagi laa.

surat utk carolynn n tragedi cinta taj mahal..

best buku nihh tahniah buat penulis....

sempat ag ambik tandatangan penulis buku jnihh..(selamat membaca semoga beroleh hikmah)

ok kawan-kawan lain kali jumpa lagi...tadaaaaaa


 



Saturday, October 29, 2011

JalAN-jaLAn Ke GEnting HighlaND.....

Bismillahirohmanirohim…

apa khabar teman-teman sihat kah...lama dah x update cik blog nih...sowy cik blog saya lupa nak jenguk  kamu...huhuhu... tak der apa pun aku nak cakap kat sini cuma nak gi tau baru-baru ni , cik ziera pergi genting. korang semua mesti dah pergi kan...cik ziera ngan member dah lama plan nak pergi tempat nihh dari sem lepas tapi tak jadi macam-macam halangan.  Tapi sem nih kita orang dah bertekad nak pergi sma-sama, mungkin ini kali yang terakhir kita orang dapat keluar sama-sama sebab kita orang dah final year....sob2 sedihnyaa....

cik ziera g ngan member  dalam 13 orang semua laa  (wady,azma,cik yuyu,cik dayah,nadia,ara,su,huda,marsilah,zati,e-an)... ramai kan kira ni kawan satu course laaa dari jabatan geografi,universiti malaya... awal sem dapat lah kito orang main2 sikit lepas ni x boleh laa masing2 dah bz......thesis menanti...hahaha. 

tapi pengalaman yang paling aku takut lahh naik roller coaster dan pirate ship memang sakit jantung dibuatnya.....

masa nie duk kat tangga nak pergi kat sky way....

permandangan dari atas sky way..




masa nih tngh naik menda nihh..x dapat gambarkan perasaan masa tuh..

rumateku..marsilah,me n cik yuyu..


pirate ship..menakutkan..haha..


bas london...




me,cik yuyu,marsilah,ean,n anis

tie,azma n wady..

ara,su n huda..



besttttt...huhu



kita orang sempat ag pergi main yang indoor punya games..main salji..sejuk gila...memang cantik lah seni bina kat dalam tuh...huhu... pukul 6 petang kita orang bertolak balik....k lah geng nanti kita ngobrol lagi yaa..;D

Tuesday, September 20, 2011

sAYa dAH FiNal yeAR....

Assalamualaikum.......

            Sekarang ni aku berada kat kolej aka kk7. Cuti sem selama  4 bulan sudah tamat bermula lah sem baru sebagai final year student kat Universiti Malaya yang tercinta. Kira dah jadi pelajar senior lah kat sini, cepat betul masa berlalu aku rasa baru jerr masuk UM niii..tinggal setahun jer lagi. Sekarang fokus utama aku nak naik kan pointer aku yang x berapa nak tinggi nih. kira kena study hard lah ni untuk tingkatkan pointer aku ni. Sekarang nih baru jer start sem baru bagi tahun terakhir aku, kira-kira sekarang nih masih relax lagi asgment pun tak ada g. Tapi nak kena fikirkan projek final year ag latihan  ilmiah yang tu buat aku rungsing sikit. 

           Sekarang kat kolej aku tengah ada minggu interaksi pelajar senior n junior. objektifnya nak wujudkan ukwah lah antara pelajar senior n junior. bagus gak lah menda nih sebab aku tengok hubungan antara pelajar kurang ramah antara satu sama lain. diorang bawa hal masing2, kalau jumpa pun x bertegur sapa. Kira ukwah kurang lah. Adanya minggu nih boleh lah berkenalan antara pelajar.uhuhuhu........
Rasa takut lah plak, jiwa nih rasa x bersedia ag nak habiskan study, terlalu banyak main2, akan aku cuba hadapi dengan tenang. Ok lah rasa mengantuklah plak,nanti ketemu lagi....





Saturday, August 20, 2011

‎10 malam terakhir.. ku mencari lailatul qadr`.. insyaAllah =)

Assalamualaikum........

pejam celik pejam celik....dah masuk 10 malam terakhir dah kita berpuasa kan..cepat betul masa berlalu kan. 
malam yang di tunggu2 oleh umat islam yang menjalankan ibadah puasa. Ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran pahala.

Malam Lailatul-Qadar  adalah sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan doa diperkenankan  oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.

ehsan pak cik google..



Ketahuilah, mulianya kedudukan malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman.
“Ertinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala urusan, sejahteralah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar : 1-5]
Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.
“Ertinya : Sesungguhnya  Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui” [Ad-Dukhan : 3-6]
waktu: Diriwayatkan dari bahwa malam tersebut terjadi pada tanggal malam 21,23,25,27,29 dan akhir malam bulan Ramadhan.
Imam Syafi’i berkata : “Menurut pemahamanku, wallahu ‘alam, Nabi s.a.w menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada baginda : “Adakah kami mencarinya di malam ini?”, baginda menjawab : “Carilah di malam tersebut” [Sebagaimana dinukil Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/386]
Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadar itu ialah pada malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis Aisyah r.a, dia berkata Rasulullah s.a.w beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan baginda bersabda:
“Ertinya : Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan”  [Hadis Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169]
Tanda2 malam Lailatul Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Diharap kita semua mengambil kesempatan ini untuk lebih memperbanyakkan amalan dan ibadat kita  kepada Allah swt kerana ganjaran PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Di kesempatan ini juga ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan salam ramadhan.... Semoga tahun depan masih diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa ini.

Thursday, July 14, 2011

SiFE(student in free enterprise)

assalamualaikum..............

uhhh...lama aku tak update blog nih....nak bersawang dah aku tengok.....huhu.......
sekarang nihh tengah cuti semester, apa lah kawan aku tengah buat sekarang ni ekkk..rasa-rasanya kerja atau makan tido kat rumah kot..huhu....aku plak duk kat melaka tengah join satu projek under UM iaitu SIFE.....kita orang masuk pertandingan yang berkonsepkan cendawan. pertandingan ini kalau menang boleh masuk ke peringkat antarabangsa.(insya Allah, mintak2 menang lah). kumpulan aku ada 9 orang ahli kesemuanya, kat melaka stay kat taman tambak paya permai, ayer molek Melaka. 

aktiviti aku kat sana memang memenatkan lah, join latihan industri sekali kat sana, kita orang ditugaskan dalam kerja masing2 iaitu pembenihan cendawan, penjagaan, pembuatan bongkah. kadang2 rasa letih sangat tapi dah memang tugas kena lah buat kan,jangan mengeluh yerr......hehe...

tapi part yang paling aku suka ialah time petik cendawan lahh, memang best ahhh, masa cabut cendawan dari bongkah, cendawan masa tuhh tengah segar ag. Masa untuk petik cendawan pada sebelah pagi dalam kul 7 pg dan waktu petang kul 4.30. 

tapi aku join menda ni tak sia-sia lahh , bagi aku pengalaman dalam bidang keusahawanan, mungkin suatu hari nanti aku plak boleh  buka ladang cendawan nihh, tauke cendawan yang berjaya..gegegegge.....

masa nihh tengah duk petik cendawan, sempat ag bergambar..huhu
ni amy, masa nihh tengah angkut bongkah kat rak....hehe
(partner,wa, jema) tengah susun bongkah

bongkah yang telah disusun
bye-bye....jumpa agi..tata titi tutu...............

Wednesday, May 25, 2011

result oh result.........

assalamualaikum....................

hati aku berdebar-debar sangat untuk masa ni, korang nak tau kenapa...hohoho....tengok tajuk entri nihh...result aku nak keluar lah besok dekat jabatan. takutnya hanya Allah jer yang tau...tapi kawan-kawan aku sama nervous cam aku gak...result nak keluar tuhhhh.....macam mana ekk, rasa tak yakin pun nak dapat tinggi coz aku tak boleh buat hari tuhh..gi mana dong...

tu laaa orang suruh belajar tak mau, main-main jer tau tengok sekarang tak dapat nak nolongnyerrr....menyesal sekarang tak de guana , masa ada gap x nak study betul-betul..apa yang kau buat cik raja oiiii...tidow,tengok movie....tanggunglah akibatnya..waaaaa...sampai hati cik blog marah sama saya....

saya sangat tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.................

Monday, May 23, 2011

JOm bERfieldwork Di klang valley......

assalamualaikum......

bagi memenuhi jam kredit aku bagi sem nihh kita orang ditugaskan menjalankan kajian lapangan, lokasinya di lembah klang.......

hari pertama aktiviti yang kita orang lakukan ialah melawat badan-badan kerajaan yang berkaitan dengan kos kita orang sebagai pelajar jabatan geografi.nak dikatakan memang penat lah hari tuh kita orang menjelajah ke seluruh tempat di damasara nih. nak tau kita orang pergi mana, cu teka2..hehe..kita orang pergi jabatan pengurusan sisa pepejal negara di pusat bandar damansara. best lahhh jugak pergi sana iaitu kami diberi taklimat dan apa yang pentingnya  memberi kita orang banyak maklumat mengenai pengurusan sisa pepejal di negara kita. mula-mula dengar taklimat ok  jerrr lepas tuhhh tiba2 mata aku jadi layu..hehhe ngantuk lol.....biasa lahh ekkk dengar ceramah....cover2..tapi dapat lahh juga sedikit input kat sana....

meh tengok picture nihh , cik blog pun x sabar dah nihh...sabau cik blog....



JabaTan siSA PEPEJAL neGara


lepas abis dengar taklimat kita orang bergerak ke aktiviti seterusnya, iaitu pergi ke area damansara gak iaitu jabatan perumahan negara...semasa kat sini best lah gak dengar ceramah diorang tak lah mengantuk sangat  dan pasal perumahan sikit-sikit aku tau lah.......part yang paling best iaitu waktu makan..huhuhu kebulur x sempat nak sarapan pagii....
















tenaga pengajarku....

kita orang bertolak balik ke kolej selepas satu hari penat berjalan kihkihkih.............
bye2 see u next time...hohohoho.........thanx

Monday, April 25, 2011

pwtc book fair

assalamualaikum....

semalam aku pergi pesta buku kat pwtc...best lah gak banyak buku yang menarik,tapi paling aku suka novel la..aku beli satu buah novel nih judul dia M.A.I.D by kak suri ryana..suka sangat cerita dia...kihkih....nak tau aku sempat ambik tandatangan dia dan sempat lagi ambik gambar dengan dia..gembiranya....tima kasih kak suri sebab bagi cenderahati kat saya...





tima kasih cik dayah, cik jema coz ajak saya p book fair, kali pertama pergi pesta buku antarabangsa...tahun depan harap-harap dapat join lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...