Wednesday, March 9, 2011

EXpiDIsi BukIT cAHAyA SEri ALam....

assalamualaikum......

wah3...bunyi expedisi, macam hebat jerr tajuk post aku kan...huhu...sabtu lepas kita orang pergi ke bukit cahaya seri  alam, nak tau kat mana kat taman pertanian shah alam. korang  nak tau banyak betul tempat menarik kat sana. macam2 ada. Bertolak untuk kesana pukul 8.30 pagi. kitaorang naik bas jerr....kira 12 orang yang join hari tuh. banyak lahh tempat kami melawat. first kita orang sampai, pusing-pusing sekitar taman pertanian dengan bas yang disediakan. harga tiket nak masuk hanya rm 3 sahaja, murahkan. kat sana banyak betul taman-taman yang menarik. ada taman buah-buahan., taman haiwan, taman 4 musim, taman rempah ratus, x lupa ader gak empangan, menara sapu tangan memang tinggi lahh.tak lupa ada gak rumah2 bagi setiap negeri, banyak lagi lahh tempat-tempat lain. tuhh pun kita orang tak habis pusing.

lepas habis pusing2 naik bas kita orang sewa basikal tak larat nak jalan kaki sebab jauh dan yang paling best lahh naik basikal tu..lama dah tak naik basikal, yang aku ingat lah masa aku darjah enam last aku naik basikal. lama kan. Masa aku mula-mula naik basikal tuh goyang-goyang sebab aku tak ingat nak bawa basikal macam mana..hahha....memang best ahhh kami 12 orang naik basikal ramai-rami macam ekpidisi le tour dilangkawi lak.bukan lah  rombongan  cik dayah ke taman pertanian..hehehe jangan marah cik dayah. yang paling best masa turun bukit memang laju lah tak yah nak kayuh basikal tapi yang paling kita orang tak suka masa nak naik bukit. letih betul lah.habis tenaga dibuatnya. ada tuh siap tarik basikal diorang sebab tak larat dah.

memang kita orang enjoy lah hari tuh, walaupun kepenatan lah. yang paling kita dukacitakan taman empat musim tutup hari tu sebab peralihan musim sejuk ke musim bunga. tak dapat lah kita orang merasa. tak perr lain kali kita orang terjah lagi kat sini. sempat lah kita orang snap gambar sikit........tima kasih kat kawan semua coz ajak aku nihh...tima kasih cik dayah,nadia, marsilah,azma,tiey,ean,anis,ara dan kawan yang lain satu course.


cik ziera

cik marsilah

e-an

cik dayah
                                                                
anis

jemA

tiey
nadia n jema( kembar x seiRas)


jom naik basikal


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...